Friday, 26 July 2013

Sedih dalam gembira

segala misteri kini terjawab
tiada lagi teka teki yang membelenggu minda
yg hebat di perkata
yg lemah dibiar sahaja

ku berada di dalam dilemma
hasilku seperti yg dijangka
dan ku bersyukur seadanya
namun ku sedih dalam gembira

kenapa rakanku tidak seperti ku
atau lebih dariku?
ku xnk berjaya sendirian
adakah ku tidak berbuat apa untuk mereka?

ku gembira dan mereka bersedih
ku tidak puas sepenuh hatiku
ku mahu kita semua berjaya
dan tiada dipersia

kelak kita bersama
bangkit dari sengketa
menuju ke satu matlamat yg sama
mengejar cita-cita yg di damba

p.s. result bukan pengukur broo..
relax je.. aku sendiri xpuas hati sbb aku dpt mcm ni, tp korg dpt mcm tu..
mgkin sbb aku xbyk bntu korg. aku belajar sndiri je.. korg terkapai kapai kt situ
mintk maaf broo... lepas ni kita cube bersama mengejar cita2..

ALL FOR ONE AND ONE FOR ALL


Wednesday, 1 May 2013

Bila Hati Berbicara

nukilan ini tiada apa-apa
hanya bualan hati yang lara
mungkin tiada seni dan rupa
tapi itu sahaja yang mampu di tinta.

hati ini menyimpan seribu perasaan.. Gembira. Sedih.. marah dan juga CINTA
kehadiranmu dalam hidupku menghidupkan semula bara cinta yang telah lama terpadam

Lama sudah tidak ku merasa perasaan seperti ini. Perasaan ingin dicinta dan ingin mencinta
Namun, sering ku pendam perasaan ini demi untuk menjaga perhubungan persahabatan yang telah lama tercipta.

Aku dilemma.. ingin membawa perhubungan ini ke tahap yg lebih tinggi dan lebih berisiko, atau hanya mengekalkan seperti sedia ada dan terus memendam perasaan sahaja.

Jika diluah, ku takut ku akan kecewa.. jika dipendam, hati ini akan sengsara.
Jika kau tahu perasaanku ini, apa yang akan kau lakukan?
Aku ikhlas ingin mencintaimu, tetapi adakah kau sudi untuk menerimaku?