nukilan ini tiada apa-apa
hanya bualan hati yang lara
mungkin tiada seni dan rupa
tapi itu sahaja yang mampu di tinta.
hati ini menyimpan seribu perasaan.. Gembira. Sedih.. marah dan juga CINTA
kehadiranmu dalam hidupku menghidupkan semula bara cinta yang telah lama terpadam
Lama sudah tidak ku merasa perasaan seperti ini. Perasaan ingin dicinta dan ingin mencinta
Namun, sering ku pendam perasaan ini demi untuk menjaga perhubungan persahabatan yang telah lama tercipta.
Aku dilemma.. ingin membawa perhubungan ini ke tahap yg lebih tinggi dan lebih berisiko, atau hanya mengekalkan seperti sedia ada dan terus memendam perasaan sahaja.
Jika diluah, ku takut ku akan kecewa.. jika dipendam, hati ini akan sengsara.
Jika kau tahu perasaanku ini, apa yang akan kau lakukan?Aku ikhlas ingin mencintaimu, tetapi adakah kau sudi untuk menerimaku?